jika diberi pilihan, aku mahu terus menjadi seorang bayi yang comel. seorang bayi yang tidak perlu memikirkan tentang apa-apa masalah....
seorang bayi yang disayangi oleh semua orang.
apabila melihat kpada kehidupan bayi,alangkah seronoknya jika aku menjadi sepertinya...
yang tidak punya masalah yang hendak difikirkan.
jika memikirkan tntang hidup,hidup aku sangat boring. aku hidup bagaikan melukut di tepi gantang. yang hadirnya tidak dipinta dan perginya tidak disuruh. aku ada atau tidak ttap tidak akan memberi apa-apa kesan kepada sesiapa.
kadang-kadang, aku sangat mencemburui hidup orang lain. mereka ada dan dapat apa yang aku tak ada dan tak dapat. aku cemburu melihat mereka disayangi oleh semua orang. tapi aku.......... aku hanya ada diri aku sendiri untuk disayangi. tak ada sesiapa pon yang sayangkan aku dan pedulikan aku. sama ada aku hidup atau mati ttap tidak mmberi apa-apa kesan. aku hanya dijadikan sandaran bagi orang-orang yang mempunyai masalah sahaja. jika susah, akulah yang mereka cari. jika senang, akulah orang pertama yang akan dilupakan.
ermmmmmmmmmmm...kenapa hidup ini tidak adil???????
kenapa orang seperti aku sukar untuk diterima oleh masyarakat?????
aku tak minta mereka tatang aku. aku hanya mahukan sedikit sahaja perhatian dan kasih sayang. kadang-kadang, aku sedih memikirkan hidup aku yang tak seperti orang lain. aku sentiasa berusaha untuk menjaga hati orang lain. sedangkan hati aku sendiri bernanah. aku berusaha sedaya upaya untuk memenuhi ruang kosong hati orang lain. sedangkan hati aku sendiri masih kosong. tapi x apa la... kita hidup untuk menggembirakan hati orang. itulah yang dinamakan pengorbanan. aku yakin, suatu saat nanti, kbahagiaan akan ttap mnjdi milik aku....
No comments:
Post a Comment