picture

picture

Wednesday, November 14, 2012

SALAM MAAL HIJRAH

rasa sedih tramat sngt tiba2 menusuk di dada. entah kenapa,pada mlm ini,rasa cinta dan rindu kepada Allah sngt tinggi. rasa membuak-buak ingin berbicara dengan-Nya. adakah ini yang dinamakan hidayah Allah???? Subahanallah..... sesungguhnya tiba2 aku rasa sngt mencintai dan merindui-Nya.... aku rasa menyesal dan ingin berubah menuju ke jalan yang diredhai-Nya. Ya Allah, jika ini adalah petunjuk yang Kau turunkan kepada ku, Kau bimbinglah aku ke jalan Mu Ya Allah... pada tahun baru ini, aku rasa sngt sedih dan menyesal mengenangkan kisah2 lama. sesungguhnya, aku rasa tidak sabar ingin menunggu bergemanya azan yang indah dan merdu ini. aku tidak sabar2 ingin menunaikan solat subuh pada esok hari. Ya Allah, apakah maksud semua ini???? bantulah aku Ya Allah......

Thursday, November 8, 2012

AKU

walaupun aku dalam relationship, tapi aku x rasa pon yang aku ni ada someone. sebabnya, liku hidup aku seharian x ubah seperti orang yang single. ermmmmm.. susah aku nak terima. kadang-kadang aku pon x tau sama ada aku ni dah berpunya atau belum...... dia kalau pi mana2 x pernah nak bagi tau aku. dia hanya suka buat aku ternanti-nanti dia saja. ssh la mcm ni. dalam perhubungan, interaksi 2 penting. lau dia asyik diam ja dan asyik buat mcm dia single, lbh baik x payah couple mcm ni. perempuan ni lain sikit. mereka suka dibelai dan disayangi. perempuan sukakan perhatian.

Friday, July 27, 2012

KENANGAN KETIKA BERPUASA

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

sebut sahaja bulan ramadhan, aku teringat kembali kenangan ketika aku belajar puasa dahulu. masih terbayang-bayang di fikiran karenah aku ketika berpuasa dahulu. aku belajar puasa ketika berusia 6 tahun. pada mula2 aku berpuasa, ada ke patut aku dan kawan-kawan bermain perang-perang di kebun getah ketika tengah hari yang panas terik. tengah seronok bermain,tiba-tiba mak aku pulak datang. aku disuruh balik untuk tidur... akibat penat bermain,aku kehausan. apa lagi.aku pon minta la kebenaran mak nak buka puasa. apa lagi,mak terus buka mukadimahnya. sejak dari hari itu,aku tak berani lagi bermain ketika bulan puasa. satu lagi, masa aku kecil-kecil, kalau aku dahaga, aku akan minum air semasa mandi..konon-kononnya x sengaja la yer...hehheehehehhe..itu dulu..sekarang aku dh x buat lagi..dah tau dah kalau buat tetap batal puasa...itu smua kenangan...

Monday, January 16, 2012

kisah hidupku...

ramai org cakap hidup ini indah dan bahagia...
tapi bagi aku, TIDAK.
dalam hidup aku x ada erti senang, indah, dan bahagia. saban hari fikiran aku dipenuhi oleh masalah yang bertimbun. yang tidak punya jalan penyelesaian. ermmmm...

Friday, January 13, 2012


aku tension betul bila duduk di rumah.... kenapa semua yang aku buat tak pernah betul??? salah ka aku duduk dalam bilik????? kalau aku kuar dari bilik pon, apa yang aku boleh buat???? aku hairan betul la kenapa apa yang aku buat tak pernah nampak elok di mata mak????? semuanya nampak salah sahaja. aku dah pening fikir tentang hal ni. aku rasa macam tak nak hidup lagi. hidup pon dah x berguna lagi.... lagi aku hidup, lagi tambah rasa sakit hati aku. lebih baik aku mati saja. baru la aku tak rasa sakit hati lagi. aku sdih bila fikir balik tentang hidup aku. hidup aku lebih banyak duka daripada suka. bila lah agaknya duka aku akan hilang dari sini???? dan cahaja suka akan menjelma kembali????? aku tetap menunggu hari tu tiba...

Thursday, January 12, 2012

cara merawat hati




Merawat hati yang luka dengan secepat mungkin adalah penting untuk seseorang yang sedang mengalaminya. Ini adalah untuk mengelakkan daripada terus hidup di dalam tekanan dan mungkin boleh mencetuskan satu tindakan yang diluar kawalan. Sememangnya ia mungkin sesuatu yang agak sukar tetapi ia bukanlah mustahil. Ianya terpulang kepada diri anda sendiri untuk mengawalnya. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk merawat hati yang luka ini. t5 akan menyenaraikan 3 cara mudah yang mungkin dapat membantu anda.

Menangis- Menurut kajian, cara luahan hati atau perasaan yang terbaik adalah dengan menangis. Mungkin anda kelihatan sangat teruk untuk beberapa hari mengikut jenis kekecewaan yang anda alami. Teruskan dengan tangisan anda tetapi pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama. Pasti selepas anda sudah puas menangis akan berlaku perubahan yang ketara di dalam kehidupan anda. Anda seharusnya perlu untuk melakukan sesuatu yang mampu untuk membahagiakan daripada meratapi kesedihan yang dialami.

Luahkan perasaan dengan kenalan yang rapat- Suatu kekecewaan yang dialami tidak seharusnya dipendam, sebaiknya ia perlu diluahkan. Luahkan perasaan terhadap orang yang anda percayai. Jangan pendamkan perasaan sehingga ia mampu untuk mempengaruhi anda melakukan tindakan yang tidak sepatutnya. Menurut kajian terhadap mangsa yang pernah cuba untuk membunuh diri, lebih 80% bersetuju bahawa mereka tidak meluahkan perasaan mereka kepada orang lain. Antara alasan mereka adalah kerana tidak mempunyai mana-mana perhubungan yang rapat dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Ia sememangnya satu tindakan yang salah sekiranya anda memendamkan perasaan.

Sibukkan diri- Suatu kesedihan akan terus menjadi teruk sekiranya anda hanya memikirkan mengenai kesedihan itu. Lakukan sesuatu yang mampu untuk mengalih pemikiran anda. Anda juga boleh membuat perancangan untuk masa depan. Adakah anda akan terus menangis untuk jangka masa setahun dari sekarang? pasti tidak bukan. Lebih baik anda memikirkan mengenai perancangan yang sepatutnya dilakukan daripada memikirkan mengenai kesedihan yang telah dialami. Tinggalkan kesedihan yang dialami dan jadikannya sabagai pencetus motivasi untuk anda terus berjaya pada masa akan datang.



cinta RM5.

CINTA 5 HI

"Aris, kau tolong bagi duit ni kat Zarif." Lisa menghulurkan not bernilai RM 5 kepada Aris.

"Duit apa ni Lisa?" Tanya Aris dengan muka hairannya. Aku hanya tersenyum sambil berkata,

"Kau bagi je la kat dia. Nanti aku cerita."

"Ye la...." tanpa banyak soal, Aris menuju ke tempat duduk Zarif.

"Nah, Lisa bagi." Aris meletakkan not bernilai RM 5 di atas meja Zarif.

"Kau bagi balik duit ni kat dia. cakap kat dia aku tak mau." kata Zarif dengan tegas.

"Tapi....."

"Dah! kau pergi sekarang." Aris terkejut mendengar suara lantang Zarif.

"Relaks ar Zarif." Zafran menepuk-nepuk bahu Zarif. Aris berlalu menuju ke arah Lisa dengan riak muka kecewa.

"Sorry......." Not RM 5 bertukar tangan.

Aku bangun dan menuju ke arah Zafran.

" Nanti kau tolong bagi duit ni kat Zarif. Tapi jangan cakap aku yang bagi pulak."

"Ok." Zafran mengangkat tangan menunjukkan tanda ok.

Tidak lama kemudian, Zarif datang menuju ke arahku dengan riak muka yang serius. Aku hanya memandangnya sepi. Dia meletakkan not RM 5 di atas mejaku tanpa sepatah kata. Setibanya waktu rehat, aku memasukkan not RM 5 tersebut ke dalam beg Zarif tanpa disedarinya.

"Lisa, kau tak takut ke dia marah nanti? Aku sikit punya takut tengok dia jerkah aku tadi." kata Aris.

"Kalau dia nak marah, aku redha je. Yang penting aku tak ada hutang dia apa-apa."

------------------------------------------------------------------------

Deringan telefon mematikan langkahku untuk menuju ke arah dapur. Nokia 5300 aku sambut. Tanpa melihat siapa pemanggilnya, aku terus menekan butang answer.

"Hello,"

"Kenapa letak duit dalam beg aku?" tanpa salam, aku terus diserbu seperti seorang pesalah.

"Zarif?" tanyaku was-was.

"Aku la. Siapa lagi." suara Zarif kembali mengendur.

"Lisa tak nak ada hutang apa-apa dengan Zarif." balasku secara bersahaja.

"Lisa, Zarif buat semua ni sebab Zarif sayangkan Lisa. Dah memang tanggungjawab seorang lelaki untuk membantu perempuan. Lepas ni Zarif tak nak lagi tengok Lisa tolak atau bayar apa-apa pemberian Zarif."

Sambil tersenyum sumbing aku membalas.

"Baiklah. Tapi Zarif pun tak boleh tolak apa-apa pemberian Lisa tau."

"Baiklah tuan puteri. Zarif nak pi main bola kejap. Malam nanti kita mesej erk....."

selepas memberi salam, talian terus diputuskan. Hatiku berbunga riang. Aku senang dengan sikap yang ditunjukkan Zarif kepadaku. Aku betul-betul bahagia. semua ini tidak aku kecapi apabila bersama dengan Azlan. sebut pasal Azlan, aku dah lama tak dengar berita tentang dia. Ah! lantakla. Yang penting sekarang aku ada Zarif.

Aku capai telefonku dan aku menaip mesej untuk Farisya.

Salam. aku dah baik balik dgn Zarif.

aku menekan butang 'send'. Aku tidak perlu menunggu lama. Farisya begitu cepat membalas mesejku.

Wassalam. bagus la macam tu. aku risau tengok hang monyok ja. mcm mn blh baik blk?

Aku hanya tersenyum membaca mesej daripada Farisya. aku sudah menduga soalan yang akan di tanya oleh Farisya.

tadi dia call aku. dia suruh aku jgn byr blk duit dia sbb itu adalah tnggjwb dia. aku pun mls la nk brtkak dgn dia lama2. so, aku ckp ok je la.

Farisya terus membalas mesejku.

bagsla mcm 2. aku trt gmbira tngk hg dh baik blk dgn zarif. ok la. kita jmpa kt sek esk k...

Selepas membalas mesej, aku berlalu menuju ke bilik air untuk berwudu' untuk menunaikan solat Asar.

------------------------------------------------------------------------

Bip! Bip! Bip! deringan telefonku menandakan ada mesej baru yang masuk ke dalam inbox ku.

Salam.... Hai Lisa. Zarif guna no mak ni. sebab no zarif x ada kredit.

aku terus membalas mesejnya.

la....knp guna no mak? nnt apa plak kata mak.

aku mencapai bantal pelukku. Zarif terus membalas mesejku.

x apa. zarif dgn mak bestfreind. mak x kisah. mak tau zarif msj dgn menantu dia...hehehehe

aku terus membalas mesej Zarif sambil tersenyum.

bnyk la.... lisa segan la dgn mak Zarif. x apa. zarif buka nombor zarif sekarang. lisa ada something utk zarif.

zarif terus membalas.

apa dia? ckp je la kat sini..... zarif malas ar nk buka no zarif. lisa mesej je la kat no ni.

aku terus membalas.

baikla...........

Zarif terus membalas mesejku selang tiga minit.

lisa nk tau x. zafran sekarang dia couple dgn izan. tapi lisa jgn ckp kt sapa2 tau......

Aku terlopong membaca mesej daripada Zarif. Aku tidak sangka Zafran boleh bercinta dengan Izan. Mereka ni dalam diam-diam ada juga........

betul ke ni? mcm x percaya ja....... sejak bila lg?

Aku terus menekan butang send.

lepas dua hari kita couple...... zafran suruh bg tau kat lisa je. kat org lain jgn ckp tau. kat aris, farisya, dgn sara pun jgn bg tau k...

Aku terus membalas mesej daripada Zarif.

ok la.... zarif, jom tidur. lisa dah ngantuk la. esk nk pi sek lg. assalamualaikum.....

Selepas menghantar mesej yang terakhir, aku terus menarik gebar dan tidur. Aku hanya terjaga daripada tidur keesokan harinya. Aku lihat, ada mesej baru di inbox ku. Mesej daripada Zarif.

lisa terlalu ego. lisa lupa dgn janji2 kita semlm. zarif tak suka dgn tindakan lisa ni. zarif harap lisa faham...........

Setelah membaca mesej daripada Zarif, aku terus memasukkan telefonku di dalam laci meja. Ake terkejut setelah membaca mesej daripada Zarif. Gara-gara RM 2 yang aku hantar kepadanya, dia boleh memarahiku sehingga sebegini rupa.

"Mama, Lisa tak nak pergi sekolah hari ni." kataku tiba-tiba kepada mama. mama ternyata terkejut mendengar kata-kataku itu.

"Ni kenapa pulak ni? Mesti ada apa-apa yang dah berlaku ni. Cuba cakap kat mama." Mama cuba untuk memujukku supaya pergi ke sekolah.

"Tak ada apa-apa la ma. Hmmmmm.... jom la pi sekolah." Aku terus berlalu ke bilikku untuk memakai uniform sekolah. Aku mengubah fikiranku secara tiba-tiba.

Tiba di sekolah, aku menyibukkan diriku dengan menyiapkan nota-nota yang telah lama terbengkalai.

"Hai.... Lisa?" Farisya menegurku secara tiba-tiba. aku hanya tersenyum memandangnya.

"Kau ok ke ni?" Farisya terus menyerangku dengan soalannya yang bertubi-tubi.

"Aku ok la." Aku cuba untuk berselindung.

"Lisa, kau jangan nak cuba tipu aku. Aku boleh nampak riak muka kau tu sedih. cuba cakap kenapa? kau gaduh dengan Zarif ke?" Farisya melabuhkan punggungnya di sebelahku.

"Aku nak pi toilet." Aku terus berlalu ke tandas meninggalkan Farisya tercengang-cengang di dalam kelas.

Sekembalinya dari tandas, aku terus diserbu oleh Farisya.

"Apa yang dah berlaku?" Soal Farisya dengan rasa ingin tahu.

"Semuanya dah berakhir....."

------------------------------------------------------------------------------------------------

10 TAHUN KEMUDIAN

Aku berjalan menuju ke arah tempat letak kereta. Pintu kereta Perdana berwarna hitam ku buka perlahan. beg kerjaku ku letak di bahagian penumpang. Aku terus memandu keretaku keluar daripada perkarangan pejabat untuk pulang ke rumah. semasa keretaku berhenti di lampu isyarat, tiba-tiba,

DUP! DUP!

Keretaku telah dilanggar dari belakang.

"Ya Allah! Habis kereta aku." Aku lihat bumper belakang keretaku telah kemek dan ada diantara catnya telah terkopek.

"Saya minta maaf cik." Pemuda yang terlanggar keretaku memohon maaf.

"Kau buta ke? Kereta aku sikit punya besar pun kau tak nampak ke?" Aku terus memarahi pemuda itu.

"Kereta saya pun teruk juga. Alah, kemek sikit je. Saya boleh bayar ganti rugi la. Cakap je berapa cik nak?" Pemuda itu meninggikan suaranya kepadaku. Barangkali dia marah dengan sikapku yang agak pemarah sebentar tadi. Aku lihat lampu depan kereta pemuda itu turut pecah berkecai.

"Ini bukan pasal duit. Lain kali, bawa kereta tengok depan. Bukan tengok belakang. Kalau nak tengok belakang, lebih baik bawa kereta kot belakang ja." Aku terus memanaskan hati pemuda itu. Nampaknya taktikku berjaya. wajah pemuda itu merah kerana menahan marah.

"Hoi perempuan! Mulut kau tu jaga sikit. Kau ingat aku suka-suka ke nak langgar buntut kereta kau tu? Nah! kau ambil kad aku ni. Nanti bila dak baiki kereta kau, kau call aku. Nanti aku bayar kerosakan kereta kau tu." Setelah kadnya bertukar tangan. Pemuda itu terus memecut Satria Neonya yang telah buta sebelah mata.

"Ingat aku hairan sangat ke dengan duit dia tu? Dia ingat aku ni tak ada duit ke?" Tanpa melihat, aku terus mencampakkan kad pemuda itu di dalam handbagku. aku terus memecut keretaku pulang ke rumah.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini aku memecut keretaku ke Syarikat Aman Ent. memandangkan aku sudah terlewat lima minit, aku terus meluru ke arah lif yang berada di sebelah kiri meja penyambut tetamu. Semasa ingin masuk ke dalam lif, tiba-tiba belakangku dilanggar seseorang. Hal ini telah menyebabkan badanku terdorong ke hadapan dan briefcase serta beberapa failku jatuh bertaburan di lantai.

"Adoi!" tanpa menoleh melihat siapa yang melanggar aku sebentar tadi, aku terus mengutip kembali barang-barangku yang telah terjatuh sebentar tadi.

"Saya minta maaf cik. saya tak sengaja."

"Maaf, maaf." Aku mendengus kuat. Tanpa melihat wajah pemuda itu, aku terus melangkah masuk ke dalam lif dan menuju ke tingkat lima.

Aku melangkah laju menuju ke arah bilik mesyuarat. Aku pasti semua orang sudah menungguku di sana.

"Minta maaf. Saya terlambat." Ucapku sebaik sahaja melangkah masuk ke dalm bilik mesyuarat. semua mata sedang memandangku.

"Tak apa cik....."

"Lisa." jawabku pantas.

"Cik Lisa, kita boleh mulakan mesyuarat sekarang?" Tanya Encik Rahman selaku CEO Syarikat Aman Ent.

"Ye. Macam ni Encik Rahman, syarikat saya setuju untuk bekerjasama dengan syarikat Encik Rahman. Kami memang setuju dengan harga yang telah di tetapkan oleh pihak Encik Rahman. Kalau Encik Rahman tak ada apa-apa masalah, nanti kita aturkan masa yang sesuai untuk sain contract."

"Baiklah. Saya tak ada apa-apa halangan. Nanti saya akan hubungi Cik Lisa untuk tetapkan tarikh tu. Sebelum tu saya nak kenalkan seseorang yang akan berurusan dengan Cik Lisa lepas ni." Aku lihat Encik Rahman bangun dan menuju ke arah pintu keluar. Tidak lama kemudian, Encik Rahman masuk semula ke dalam bilik mesyuarat. Tetapi dia tidak berseorangan. Ada seorang lelaki di belakangnya.

"Cik Lisa, kenalkan Zarif Iskandar. Arkitek yang akan membantu cik Lisa selepas ini." Aku tergamam melihat Zarif Iskandar yang diperkenalkan Encik Rahman kepadaku. Masakan tidak. Dia adalah pemuda yang sama yang telah melanggar keretaku beberapa minggu yang lalu.

"Lisa Umairah." Aku cuba berlagak tenang. Padahal di dalam, hanya Tuhan je yang tahu betapa gelodaknya perasaanku ketika ini.

"Zarif." Kami bersalaman seketika.

Aku cuba untuk memandang wajahnya. Sebaik sahaja aku mengangkat wajahku, mataku bersatu dengan mata Zarif. Pada masa ini, aku berasa seolah-olah aku amat mengenali Zarif. Aku terkesima seketika.

"Saya harap cik Lisa dapatla bekerjasama dengan Zarif nanti." Kata Encik Rahman memecahkan kesunyian.

"Insyaallah. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu." Setelah bersalaman dengan Encik Rahman, aku berlalu keluar daripada bilik mesyuarat.

"Cik Lisa. Tunggu dulu!" Laung Zarif.

"Ye? Ada apa?" tanyaku hairan apabila melihat Zarif termengah-mengah mengejarku.

"Awak tak ingat siapa saya?"

"Mana boleh saya lupa siapa awak. Awakla orang yang langgar kereta saya hari tu." balasku tanpa berselindung.

"Yang tu memang la. Lisa dah lupa dengan Zarif?" Aku tersentak mendengar bicara Zarif.

"Zarif? Budak class ekonomi SMK Sik?" Zarif mengangguk laju.

"Dah lama Zarif cari Lisa. Zarif cuba call Lisa. Tapi Lisa dah tukar nombor lepas STPM dulu." Ada nada kesal di hujung bicaranya.

"Lisa minta maaf. Fon Lisa kena curi. Lagi pun Lisa tak ingat nombor Zarif."

"Kalau Lisa nak tau, masa Zarif terlanggar kereta Lisa, Zarif dah dapat agak orang yang Zarif langgar tu adalah Lisa. Tetapi memandangkan Lisa tak kenal siapa Zarif, Zarif mengambil keputusan untuk berdiam diri je."

"Lisa betul-betul tak cam Zarif hari tu."

"Tak apa. Kalau Lisa sudi, jom kita pi minum dulu. Boleh kita berbual panjang." Aku mengikuti Zarif daripada belakang menuju ke arah gerai mamak berhampiran dengan syarikat Zarif.

Banyak yang kami bual. Apa yang lebih memeranjatkan aku ialah apabila Zarif memberitahuku bahawa Zafran telah bertemu jodoh dengan Izan. Sudah dua tahun mereka mendirikan rumah tangga dan sekarang mereka sudah mempunyai seorang cahaya mata. Tidakku sangka bahawa percintaan mereka semasa di bangku sekolah telah membawa ke jinjang pelamin.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini Zarif mengajakku keluar makan. Memandangkan aku tidak sibuk, aku bersetuju dengan pelawaan Zarif itu.

"Zafran dengan Izan dah 'selamat'. Kita bila lagi?" Zarif tersenyum sumbing memandangku. Aku hanya tersipu-sipu malu.

"Kalau dah tersenyum tu tandanya setuju la tu. Bila Zarif boleh pergi jumpa mama Lisa?"

"Nak buat apa jumpa mama Lisa?" Tanyaku pura-pura tidak faham.

"Buat apa lagi. Masuk meminang Lisa la. Dah lama Zarif tunggu saat macam ni tiba." Zarif masih terus memandangku sehingga aku jadi kekok.

"Tengok la dulu macam mana nanti." Aku mengangkat kening double jerk.

Tidak beberapa lama kemudian, aku menerima kunjungan daripada pihak Zarif. Mereka datang untuk meminangku. Tidak beberapa lama kemudian, kami disatukan dalam satu majlis yang gilang gemilang. Akhirnya dapat juga aku melayari bahtera kebahagiaan. Aku tidak sangka akhirnya kebahagiaan menjadi milikku jua. Aku berjaya juga untuk merasa manisnya alam rumah tangga walaupun di usia yang hampir mejangkau 30-an. Ya Allah, terima kasih kerana Kau beriku kebahagiaan yang telah lama hilang dari diriku........

-TAMAT-

KERANA CINTA....

CINTA....... APA ADA DGN CINTA????????
SETIAP ORG ADA PANDANGAN SENDIRI TENTANG CINTA....
TAPI BAGI AKU, CINTA ITU UNIVERSAL. CINTA BOLH BUAT SESEORANG ITU BUTA. DLM ERTI KATA LAIN, CINTA BOLH MEMBUATKAN SESEORANG ITU HILANG PERTIMBANGAN DIRI. CINTA BOLH MMBAHAGIAKAN DAN JUGA BOLEH MEMBINASAKAN HIDUP SESEORANG.
CUBA KITA RENUNG SEKETIKA DALAM KEHIDUPAN SEKARANG.
DENGAN CINTA, SEORANG ANAK YANG BAIK MNJADI ANAK DERHAKA. SEORANG GADIS HILANG MAHKOTA DIRI SENDIRI. DENGAN CINTA JUGA, LAHIR ANAK LUAR NIKAH YANG TIDAK BERSALAH MALAH TURUT MNJADI MANGSA KEPADA CINTA BODOH ITU. KERANA CINTA, MANUSIA MENJADI KUCAR-KACIR.....
ITU SEMUA HANYA KERANA CINTA............


love words.......

Love is a fire. But whether it is going to warm your hearth or burn down your house, you can never tell. ~Source : Joan Crawford's beloved love words


all about love

kisah remajaku....

kadang-kadang, hidup sebagai seorang remaja sangat sukar....
jika diberi pilihan, aku mahu terus menjadi seorang bayi yang comel. seorang bayi yang tidak perlu memikirkan tentang apa-apa masalah....
seorang bayi yang disayangi oleh semua orang.
apabila melihat kpada kehidupan bayi,alangkah seronoknya jika aku menjadi sepertinya...
yang tidak punya masalah yang hendak difikirkan.
jika memikirkan tntang hidup,hidup aku sangat boring. aku hidup bagaikan melukut di tepi gantang. yang hadirnya tidak dipinta dan perginya tidak disuruh. aku ada atau tidak ttap tidak akan memberi apa-apa kesan kepada sesiapa.
kadang-kadang, aku sangat mencemburui hidup orang lain. mereka ada dan dapat apa yang aku tak ada dan tak dapat. aku cemburu melihat mereka disayangi oleh semua orang. tapi aku.......... aku hanya ada diri aku sendiri untuk disayangi. tak ada sesiapa pon yang sayangkan aku dan pedulikan aku. sama ada aku hidup atau mati ttap tidak mmberi apa-apa kesan. aku hanya dijadikan sandaran bagi orang-orang yang mempunyai masalah sahaja. jika susah, akulah yang mereka cari. jika senang, akulah orang pertama yang akan dilupakan.
ermmmmmmmmmmm...kenapa hidup ini tidak adil???????
kenapa orang seperti aku sukar untuk diterima oleh masyarakat?????
aku tak minta mereka tatang aku. aku hanya mahukan sedikit sahaja perhatian dan kasih sayang. kadang-kadang, aku sedih memikirkan hidup aku yang tak seperti orang lain. aku sentiasa berusaha untuk menjaga hati orang lain. sedangkan hati aku sendiri bernanah. aku berusaha sedaya upaya untuk memenuhi ruang kosong hati orang lain. sedangkan hati aku sendiri masih kosong. tapi x apa la... kita hidup untuk menggembirakan hati orang. itulah yang dinamakan pengorbanan. aku yakin, suatu saat nanti, kbahagiaan akan ttap mnjdi milik aku....