FARAH WAHEEDA
asam garam kehidupan
picture
Monday, May 6, 2013
i luv my boo
Wednesday, November 14, 2012
SALAM MAAL HIJRAH
Thursday, November 8, 2012
AKU
Friday, July 27, 2012
KENANGAN KETIKA BERPUASA
sebut sahaja bulan ramadhan, aku teringat kembali kenangan ketika aku belajar puasa dahulu. masih terbayang-bayang di fikiran karenah aku ketika berpuasa dahulu. aku belajar puasa ketika berusia 6 tahun. pada mula2 aku berpuasa, ada ke patut aku dan kawan-kawan bermain perang-perang di kebun getah ketika tengah hari yang panas terik. tengah seronok bermain,tiba-tiba mak aku pulak datang. aku disuruh balik untuk tidur... akibat penat bermain,aku kehausan. apa lagi.aku pon minta la kebenaran mak nak buka puasa. apa lagi,mak terus buka mukadimahnya. sejak dari hari itu,aku tak berani lagi bermain ketika bulan puasa. satu lagi, masa aku kecil-kecil, kalau aku dahaga, aku akan minum air semasa mandi..konon-kononnya x sengaja la yer...hehheehehehhe..itu dulu..sekarang aku dh x buat lagi..dah tau dah kalau buat tetap batal puasa...itu smua kenangan...
Monday, January 16, 2012
kisah hidupku...
Friday, January 13, 2012

aku tension betul bila duduk di rumah.... kenapa semua yang aku buat tak pernah betul??? salah ka aku duduk dalam bilik????? kalau aku kuar dari bilik pon, apa yang aku boleh buat???? aku hairan betul la kenapa apa yang aku buat tak pernah nampak elok di mata mak????? semuanya nampak salah sahaja. aku dah pening fikir tentang hal ni. aku rasa macam tak nak hidup lagi. hidup pon dah x berguna lagi.... lagi aku hidup, lagi tambah rasa sakit hati aku. lebih baik aku mati saja. baru la aku tak rasa sakit hati lagi. aku sdih bila fikir balik tentang hidup aku. hidup aku lebih banyak duka daripada suka. bila lah agaknya duka aku akan hilang dari sini???? dan cahaja suka akan menjelma kembali????? aku tetap menunggu hari tu tiba...
Thursday, January 12, 2012
cara merawat hati


Merawat hati yang luka dengan secepat mungkin adalah penting untuk seseorang yang sedang mengalaminya. Ini adalah untuk mengelakkan daripada terus hidup di dalam tekanan dan mungkin boleh mencetuskan satu tindakan yang diluar kawalan. Sememangnya ia mungkin sesuatu yang agak sukar tetapi ia bukanlah mustahil. Ianya terpulang kepada diri anda sendiri untuk mengawalnya. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk merawat hati yang luka ini. t5 akan menyenaraikan 3 cara mudah yang mungkin dapat membantu anda.
Menangis- Menurut kajian, cara luahan hati atau perasaan yang terbaik adalah dengan menangis. Mungkin anda kelihatan sangat teruk untuk beberapa hari mengikut jenis kekecewaan yang anda alami. Teruskan dengan tangisan anda tetapi pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama. Pasti selepas anda sudah puas menangis akan berlaku perubahan yang ketara di dalam kehidupan anda. Anda seharusnya perlu untuk melakukan sesuatu yang mampu untuk membahagiakan daripada meratapi kesedihan yang dialami.
Luahkan perasaan dengan kenalan yang rapat- Suatu kekecewaan yang dialami tidak seharusnya dipendam, sebaiknya ia perlu diluahkan. Luahkan perasaan terhadap orang yang anda percayai. Jangan pendamkan perasaan sehingga ia mampu untuk mempengaruhi anda melakukan tindakan yang tidak sepatutnya. Menurut kajian terhadap mangsa yang pernah cuba untuk membunuh diri, lebih 80% bersetuju bahawa mereka tidak meluahkan perasaan mereka kepada orang lain. Antara alasan mereka adalah kerana tidak mempunyai mana-mana perhubungan yang rapat dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Ia sememangnya satu tindakan yang salah sekiranya anda memendamkan perasaan.
Sibukkan diri- Suatu kesedihan akan terus menjadi teruk sekiranya anda hanya memikirkan mengenai kesedihan itu. Lakukan sesuatu yang mampu untuk mengalih pemikiran anda. Anda juga boleh membuat perancangan untuk masa depan. Adakah anda akan terus menangis untuk jangka masa setahun dari sekarang? pasti tidak bukan. Lebih baik anda memikirkan mengenai perancangan yang sepatutnya dilakukan daripada memikirkan mengenai kesedihan yang telah dialami. Tinggalkan kesedihan yang dialami dan jadikannya sabagai pencetus motivasi untuk anda terus berjaya pada masa akan datang.